BELLAVITA

BELLAVITA

bella vita

Harga : RM179.00

Setiap paket BellaVita mengandungi 5000mg peptida kolagen marin premium dari Jepun yang berfungsi untuk menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Ia juga sangat bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku. BellaVita diformulasi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Perancis, ianya adalah sumber utama antioksidan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penyakit degeneratif. Prebiotik yang berkualiti tinggi adalah salah satu ramuan aktif BellaVita yang membantu untuk mengimbangi mikro-flora di dalam usus dan membina semula sistem usus yang sihat. Secara langsung, badan akan menyerap kolagen dan nutrien yang lain dengan lebih efektif.

BellaVita juga mengandungi Acai Beri dari Brazil, Resveratrol, Glutathione, Asid Hyaluronik, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Akar Maca dari Peru, yang amat berkesan untuk menjadikan anda lebih muda dan cantik. Campuran premium ini menggabungkan ramuan berjenama dan bermutu tinggi untuk membantu mengekalkan kecantikan luar dan dalam supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.

Fungsi & Khasiat :

• Antioksida yang kuat untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas
• Membantu melambatkan proses penuaan dan mengekalkan umur biologi
• Membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dengan meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
• Melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV
• Menggalakkan pertumbuhan semula kolagen di dalam badan
• Menguatkan kuku dan rambut
• Mengelakkan pembekuan darah dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya
• Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
• Membantu merendahkan tahap kolestrol terutamanya LDL kolestrol (kolestrol tidak baik)
• Meningkatkan kesihatan sendi, rawan dan kepadatan tulang
• Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik dan sistem usus yang sihat
• Mencegah penyakit barah
• Memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus yang tinggi
• Membantu mengurangkan berat badan dan pembendungan air di dalam badan
• Membantu membuang toksin dan logam berat dari tubuh
• Menggalakkan tidur yang baik dan tenang
• Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan badan
• Meningkatkan keinginan seksual dan menstabilkan hormon
• Mencegah PMS dan simptom menopaus

Siapakah yang Diperlukan?

Pengambilan supplemen boleh bermula pada mana-mana peringkat umur. Ramai orang yang berminat untuk mengambil supplemen khuatir kerana mereka mungkin terlalu muda atau terlalu tua. Sama ada anda berada dalam lingkungan umur 20-an, 30-an, 40-an atau lebih tua, anda boleh mula mengambil langkah untuk melawan tanda-tanda penuaan dengan menggabungkan BellaVita dalam diet harian.

Siapakah yang patut mengambil BellaVita?
– Ingin Mengambil Pendekatan Pro-Aktif Dalam Mengekalkan Kesihatan
– Sentiasa Terdedah Kepada Sinar UV Matahari
– Menghidap Diabetes, Kolesterol, Sakit Jantung & tekanan Darah tinggi
– Sering Berada Dalam Persekitaran Yang Berhawa Dingin
– Perokok Yang Aktif & Pasif
– Kadar Metabolisma Yang Rendah
– Hormon Yang Tidak Stabil
– Wanita Yang Baru Melahirkan
– Keinginan Seks Yang Rendah
– Ingin Kulit Yang Putih & Sekata
– Masalah Pigmentasi & Jeragat
– Mengalami Masalah Parut Jerawat & Jerawat, Kedut, Kulit Kendur, Kulit Berminyak, Kulit Kering & Kulit Kusam.
– Diet Yang Tidak Seimbang
– Tidur Yang Tidak Mencukupi

BAHAN-BAHAN :

bahan-bahan-bellavita

Peptida Kolagen Marin, Asid Hyaluronik, Beri Acai, Oxxynea® (Buah Epal, Aprikot, Buah Ceri, Tomato, Lobak, Teh Hijau, Brokoli, Anggur Merah & Hijau, Buah Oren, Blackcurrant, Grapefruit, Bilberi, Betik, Nenas, Strawberi, Kubis Hijau, Bawang Merah, Bawang Putih, Buah Zaitun, Wheat germ, Timun, Asparagus), Campuran Ekstrak Beri (Kranberi, Raspberi, Strawberi, Blueberi, Beri Hitam), Resveratrol, Ekstrak Biji Anggur, L-Glutathione, Vitamin C, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Akar Maca, Frukto-oligosakarida, Isomalto -oligosakarida, Fruktosa, Maltodekstrin, Asid Buah.

Apakah Antioksidan?
Antioksidan menentang tindak balas kimia yang dipanggil ‘pengoksidaan’, proses yang sama menukarkan pisang dan epal menjadi hitam, membuat logam menjadi berkarat dan minyak menjadi tengik. Pengoksidaan merupakan interaksi antara molekul oksigen dan bahan-bahan persekitaran. Apabila bahan persekitaran itu ialah tisu hidup,maka kerosakan dan penyakit akan berlaku. Antioksidan ialah bahan biokimia semulajadi yang wujud dalam badan untuk mengawal dan melindungi badan dan bertrillion-trillion sel badan daripada kesan kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 elektron dan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat, di mana ia akan menyebabkan kerosakan oksidatif atau tekanan oksidatif. Molekul antioksida mempunyai elektron yang berlebihan untuk dikongsi dengan molekul lain. Antioksida akan menderma satu atau lebih elektron berlebihan kepada radikal bebas. Dengan menderma satu elektron kepada radikal bebas, antioksida meneutralkan radikal bebas dan menghentikan semua ‘tekanan oksidatif’ yang akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel, tisu, organ dan kesejahteraan sistem badan. Tekanan oksidatif adalah penyebab utama kanser, penyakit jantung, melambatkan penuaan dan penyakit tua.

Buah-buahan dan Sayuran – Oxxynea®
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah penuh dengan vitamin, mineral, serat, dan beribu-ribu bahan kimia tumbuhan lain yang dikenali untuk memberi pelbagai manfaat kesihatan. Gabungan 28 buah-buahan yang telah dipupuk dengan teliti dan ditanam di Perancis adalah sumber terbaik untuk antioksidan dan anti-penuaan yang akan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Ia akan membantu melindungi tubuh dari kerosakan sinaran UV, penyahhidratan dan penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, Aterosklerosis, Kanser, Kencing Manis, Penyakit Jantung, Osteoarthritis, Osteoporosis dan Penyakit Kardiovaskular.

Peptida Kolagen Marin
Kolagen membentuk sejumlah besar komposisi protein dalam badan manusia seperti kulit, tulang, sendi, otot, rambut, kuku, ligamen, tendon, rawan dan saluran darah. 70% -80% daripada jumlah protein di dalam kulit adalah kolagen dan 70-80% daripada bahan-bahan organik di dalam tulang manusia terdiri daripada kolagen. Kolagen menguatkan saluran darah, pembentukan semula tisu dan wujud dalam kornea dan kanta mata. Badan bayi yang baru lahir adalah sangat kaya dengan kolagen tetapi apabila umur meningkat, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan kolagen secukupnya. Kedutan mula muncul dan kulit menjadi semakin nipis, kendur dan hilang keanjalan serta kelembutan. Satu perubahan patologi dalam tulang akan berlaku yang akan mengakibatkan osteoporosis dan kekakuan sendi akibat kekurangan kolagen. Kajian telah menunjukkan, dengan meningkatkan kadar kolagen dalam badan, sokongan tisu akan meningkat, dan dengan itu ia akan memberi kesan yang baik kepada sendi dan organ-organ badan. Kulit akan bertambah tegang dan kedutan kurang kelihatan. Rambut akan menjadi tebal dan kuku akan menjadi lebih kuat.

Asid Hyaluronik (HA)
Asid hyaluronik adalah karbohidrat yang dihasilkan secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ianya wujud dalam tisu penghubung, cecair sendi, kulit dan rawan. HA menyerupai ‘Jeli’ kerana keupayaannya untuk mengikat air. Gel ini berfugnsi untuk melincirkan bahagian tubuh seperti sendi dan otot. Manusia dilahirkan dengan asid ini tetapi ianya berkurangan apabila umur meningkat. HA mempunyai keupayaan melincir yang menakjubkan untuk membantu kulit menjadi licin dan elastik, melincirkan dan melindungi sendi, memastikan kolagen terhidrat, membantu sel-sel badan untuk mengekalkan kelembapan. Selain daripada bertindak sebagai anti-radang dan antioksida, HA mampu mengembalikan keanjalan dan penghidratan kulit untuk membantu untuk wajah kekal muda. HA juga mempercepatkan proses pembaikan luka dan membantu untuk mengekalkan kusyen sendi yang normal.

L-Glutathione
Glutathione adalah antioksidan semula jadi di dalam badan, ianya paling banyak terdapat di dalam setiap bahagian badan terutamanya paru-paru, usus, hati. Glutathione adalah 5000 kali lebih kuat daripada mana-mana antioksidan lain. Ia melindungi penglihatan, merangsang sistem imuniti, membantu menukar karbohidrat menjadi tenaga, menghalang pembinaan lemak teroksida penyebab aterosklerosis (timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri), mendetoksifikasi sebatian berbahaya di dalam hati, memberi kesan anti-penuaan, mempunyai keupayaan untuk mengitar semula antioksidan yang lain-lain seperti Vitamin C dan E, menggalakkan sintesis & pembaikan DNA dan bertindak sebagai perencat tyrosine yang akan menggalakkan kesan pemutihan pada kulit.

Resveratrol
Resveratrol adalah antioksidan dan bahan anti-radang yang ditemui di dalam batang, daun dan kulit anggur. Ia adalah 10-20 kali lebih kuat daripada Vitamin E, mencegah darah beku dengan memastikan saluran darah terbuka & elastik, membantu untuk menurunkan kolesterol, mencegah perkembangan penyakit jantung dan membantutkan pertumbuhan tumor. Ia juga amat bermanfaat dalam merawat dan mencegah kanser.

Ekstrak Biji Anggur
Biji anggur mengandungi phyto-medicine yang memberikan pelbagai faedah kepada kesihatan badan seperti melegakan kesakitan, tindak balas anti-radang dan perlindungan Ultra Violet (UV). Flavonoid di dalam biji anggur dipanggil Procyanidins Oligiomeric (OPC) memberikan perlindungan antioksidan 50 kali lebih dari Vitamin C dan E. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menurunkan paras kolesterol dan tahap trigliserida dan secara langsung akan menjadikan LDL (kolesterol tidak baik) kurang cenderung untuk melekat pada dinding pembuluh darah . Ia membantu untuk mencegah kerosakan pada kapilari dalam badan dan meningkatkan bekalan darah ke kulit (yang membantu untuk mencegah kerosakan kolagen). Biji anggur membantu melegakan gejala-gejala yang dikaitkan dengan kerosakan radikal bebas, peredaran darah yang lemah, vena varikos, pembendungan air dalam badan, kerosakan kolagen, artritis, selulit, ekzema, penyakit jantung, tekanan darah, strok, serangan jantung, asma dan kencing manis.

Prebiotik
Prebiotik adalah bahan makanan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan ianya sangat bermanfaat untuk sistem usus. Ia merangsang pertumbuhan mikro-flora yang baik di dalam usus besar. Secara langsung, badan akan menjadi lebih sihat dan kuat kerana sistem usus akan didetoksifikasikan dan proses penghadaman akan menjadi lebih lancar. Ia juga akan meningkatkan penyerapan kolagen dan nutrien lain. Prebiotik juga akan membantu untuk mencegah sembelit, kaser kolon dan penyakit pencernaan yang lain.

Vitamin C
Vitamin C adalah ‘vitamin larut-air’ yang tidak disimpan di dalam badan dan harus digantikan setiap hari. Vitamin C adalah antioksidan yang amat berkesan dan dapat menjana semula antioksidan lain seperti Vitamin E. Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan Vitamin C, jadi kita perlu mendapatkannya melalui apa yang di makan. Ia juga diperlukan dalam pengeluaran kolagen dan satu komponen penting di dalam kulit, gusi, gigi, tendon, pembuluh darah, tulang dan ligamen. Vitamin C juga memainkan peranan yang penting dalam sintesis Neurotransmiter yang penting untuk fungsi otak. Di samping itu, ia sangat diperlukan untuk menghasilkan tenaga dalam sel-sel badan. Vitamin C merupakan antioksidan yang berkesan yang boleh meneutralkan radikal bebas yang merbahaya dalam proses tekanan oksidatif. Ianya dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit degeneratif seperti katarak, penyakit jantung, strok, kanser dan kencing manis.

Ekstrak Kacip Fatimah
Kacip Fatimah digunakan secara tradisional untuk mengekalkan kesihatan sistem pembiakan wanita. Ia juga membantu untuk mengetatkan dan melincirkan vagina serta meningkatkan daya seksual. Kacip Fatimah adalah kaya dengan phytoestrogen dan isoflavones yang boleh mengurangkan Sindrom Pra-Haid (PMS) dan gejala menopaus.

Ekstrak Manjakani
Manjakani berasal daripada pokok oak asli di Asia dan Persia. Ia kaya dengan Tannin, Vitamin A, Viamin C, Kalsium, Zat Besi, Asid Tannic, Asid Gaul, Serat, Protein dan Karbohidrat. Manjakani mempunyai astringen yang unik untuk bertindak memulihkan kesihatan dan otot dalam faraj. Ianya terkenal sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu, dimana secara tradisinya mereka menggunakan Manjakani selepas bersalin dan untuk merawat vagina serta jangkitan berkaitan seperti gatal-gatal dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga amat berguna dalam mencegah kanser payudara dan kanser servik.

Acai Beri dari Brazil
Beri Acai adalah sejenis buah seakan buah anggur yang dituai dari pokok sawit Acai yang berasal dari hutan hujan Brazil, Amerika Selatan. Ianya merupakan sumber yang baik untuk antioksidan, serat, ‘lemak sihat’ untuk jantung dan nutrien-nutrien lain yang penting untuk kesihatan badan. Beri Acai dikenali sebagai ‘Super Food’ kerana manfaatnya yang tinggi dalam memerangi pelbagai masalah kesihatan seperti arthritis, kanser, kolesterol yang tinggi dan detoksifikasi.

Ekstrak Akar Maca dari Peru
Maca adalah tumbuhan yang berasal dari Andes Peru, yang tumbuh pada ketinggian yang lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan yang lain di dunia. Maca sangat berkesan dalam meningkatkan tenaga, stamina dan sistem imunisasi badan. Maca mengandungi beberapa vitamin dan asid amino yang membantu untuk menyokong sistem endokrin manusia. Mineral penting yang terdapat didalam Maca ialah Kalsium, Fosforus, Zink, Magnesium dan Zat Besi. Selama berabad-abad, Maca telah digunakan untuk meningkatkan tahap tenaga serta daya tahan badan, meningkatkan nafsu seks, meningkatkan kesuburan dan mengimbangi pengeluaran hormon di dalam badan.

Asid Alpha Lipoik
Asid Alpha-Lipoik merupakan antioksidan yang kuat dalam membantu sel menukarkan glukosa kepada tenaga, menyahtoksin badan, mengelakkan keradangan dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Asid Alpha-Lipoik dikenali sabagai ‘Universal Antioxidant’ kerana ianya berupaya untuk larut di dalam lemak dan air. Oleh itu, ia boleh menembusi tisu yang terdiri daripada lemak, seperti sistem saraf, serta yang tediri daripada air, seperti jantung, untuk dilindungi dari kerosakan radikal bebas. Asid Alpha-Lipoik juga membantu badan untuk menggunakan antioksidan yang lain seperti vitamin E, vitamin C, dan Glutathione dengan lebih cekap. Asid Alpha-Lipoik adalah satu antioksidan yang paling kuat ditemui sehingga kini. Ia membantu meningkatkan bekalan Glutathione kepada badan, antioksidan semula jadi yang paling banyak wujud di dalam badan yang boleh meneutralkan radikal bebas sebelum ianya merosakkan sel-sel badan. Radikal bebas akan melemahkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan dan ia juga penyebab penyakit jantung dan kanser.

Question & Answer

Q: Apakah fungsi BellaVita?

A: Sebagai minuman bernutrisi, BellaVita dapat membantu untuk meningkatkan vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, membuang toksin dari badan dan mengganti serta memperbaiki sel-sel badan yang mati dan rosak. Nutrisi yang baik akan menjadikan badan lebih sihat dan muda dengan menyediakan vitamin, mineral, phyto-kimia dan antioksidan yang diperlukan oleh badan.

Q: Mengapa kita perlu mengambil BellaVita?

A: Dengan gaya hidup masa kini, kita terlalu sibuk dengan kerja dan kurang memberi perhatian kepada amalan pemakanan. Dengan mengambil suplemen tambahan, ia boleh membantu badan untuk mendapat nutrien penting, yang kurang di dalam hidangan harian anda.

Q: Adakah BellaVita mampu merawat atau mencegah penyakit?

A: Tubuh manusia memerlukan 90 nutrien yang penting untuk mencapai fungsi yang optimum, 60 daripada nutrien penting ini adalah ‘trace mineral’, 16 vitamin, 12 asid amino, dan 3 asid lemak. Apabila badan menerima kesemua nutrien ini, ia boleh membantu mencegah pelbagai penyakit. Ramai yang menderita kerana penyakit degeneratif seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, artritis, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain lagi. Penyakit ini bukan dijangkiti malah terbentuk dan diperoleh kerana kekurangan vitamin, mineral, asid amino dan asid lemak yang diperlukan oleh badan.

Penyakit-penyakit yang dijangkiti adalah disebabkan oleh patogen seperti bakteria, kuman, virus dan parasit. Cara terbaik untuk cuba mengatasi masalah kesihatan ini adalah dengan memastikan sistem imunisasi badan dalam keadaan yang baik dan kuat. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang diperlukan, maka sistem imunisasi badan juga akan menjadi lebih kuat dan mampu untuk melindungi badan dari patogen. Mengambil suplemen seperti Bellavita adalah cara yang terbaik untuk mencegah penyakit.

Q: Saya muda dan sihat, adakah saya perlu BellaVita?

A: Makanan harian anda mungkin tidak mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan, oleh itu kita perlu mengambil makanan tambahan seawal mungkin dalam mengambil pendekatan yang proaktif untuk mencegah penyakit. Anda perlu ingat bahawa setiap sel badan manusia memerlukan vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan glyco-nutrien untuk menggantikan sel-sel yang rosak dan mati. Apabila badan kekurangan nutrient-nutrien berikut ia boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Dalam erti kata lain, badan kehilangan sel-sel lebih cepat daripada keupayaanya untuk mengeluarkan sel baru kerana kekurangan ‘bahan mentah’. Sebagai suplemen kesihatan yang diperkaya dengan kolagen marin peptida, prebiotik dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, BellaVita boleh meningkatkan kesihatan seseorang dengan membekalkan nutrien yang diperlukan.

Q: Adakah BellaVita baik untuk sendi?

A: Ya, BellaVita mengandungi ramuan aktif seperti Kolagen dan Asid Alpha-Lipoik yang berkesan untuk mengatasi keradangan termasuk keradangan sendi dan melindungi sendi daripada tekanan oksidatif. Ia juga mengandungi Asid Hyaluronik untuk meningkatkan kesihatan sendi dan mengekalkan kusyen sendi yang normal.

Q: Adakah BellaVita dapat membantu untuk melindungi badan daripada kerosakan UV?

A: BellaVita diperkaya dengan 28 jenis buah-buahan dan sayuran serta Ekstrak Biji Anggur yang akan memberikan kadar aktiviti antioksida yang tinggi, oleh itu ia akan melindungi kulit dan sel daripada kerosakan UV dari dalam. Ia juga mengandungi Glutathione yang akan menghalang pengeluaran melanin yang menjadikan kulit lebih cerah.

Q: Adalah BellaVita baik untuk jantung?

A: Ramuan di dalam BellaVita seperti Resveratrol, Oxyynea, Beri Acai dari Brazil berkesan dalam membantu merendahkan kadar kolesterol terutama LDL kolesterol (kolesterol tidak baik). Ia juga membantu mencegah pembentukan trombosis atau pembekuan darah dalam saluran darah sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya.

Q: Selain daripada itu, apakah faedah lain BellaVita?

A: Selain daripada sendi, jantung dan perlindungan kulit, BellaVita juga baik untuk sistem imunisasi badan dan kesihatan sistem usus. Ia juga akan membantu untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan, merawat PMS dan simptom Menopaus, dan meningkatkan keinginan seksual.

Q: Bagaimanakah cara pengambilan BellaVita?

A: Ia disarankan untuk mengambil sebanyak 2 sachet setiap hari. Ini dapat memberikan manfaat bersamaan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza setiap hari. Ianya cara yang terbaik untuk meningkatkan tindak balas imunisasi badan dalam melawan jangkitan virus dan membantu mengukuhkan pertahanan badan terhadap penyakit.

Q: Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil BellaVita?

A: Ia disyorkan untuk mengambil BellaVita pada waktu pagi sebelum sarapan, atau waktu malam sebelum tidur. Pada waktu pagi, penyerapan nutrien ke dalam badan berada pada kadar optimum manakala pada waktu malam, proses pembaikan sel-sel badan berlaku.

Q: Berapa lama saya boleh melihat hasilnya?

A: Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Biasanya, anda boleh melihat perbezaan dalam masa 6-28 hari. Sesetengah orang mungkin akan dapat melihat kesan dalam masa yang singkat manakala yang lain mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana faktor usia dan keadaan kesihatan yang berbeza. Adalah dinasihatkan untuk mengambil BellaVita secara berterusan untuk memperolehi keputusan yang terbaik.

Q: Apakah kesan sampingan BellaVita?

A: BellaVita diperolehi dari bahan-bahan semulajadi, ianya tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan ini dipantau dengan teliti untuk memastikan kualiti yang bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan. Ianya sebaik makanan semulajadi yang dimakan setiap hari.

Q: Adakah ianya selamat untuk wanita hamil mengambil BellaVita?

A: Wanita mengandung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor

 

BELLA2_4

Harga : RM 179

logo jpeg

BOLEH JUGA WALK IN KE KEDAI KAMI DI IMUSLIMSHOP PS09 TINGKAT BAWAH PASARAYA GIANT KUALA TERENGGANU.

BELI SEKARANG!

beli onlineLANGKAH MUDAH BERURUSNIAGA DENGAN KAMI

LANGKAH 1. Bank In AKAUN BANK ( Masukkan duit ke akaun kami)

No Akaun MAYBANK Saya : 163019375665

Nama Akaun : WAN FARANAQUIAH BT

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 13017020677297

NAMA AKAUN : WAN FARANAQUIAH BT 

BANK CIMB : 13020127138525

NAMA AKAUN : WAN FARANAQUIAH BT

LANGKAH 2.  SMS / Email / PM

CARA HUBUNGI

SMS Kepada: 0199858025

atau Email ke: imuslimhbm@gmail.com

NAMA PRODUK< jarak>  JUMLAH KUANTITI< jarak>  JUMLAH BAYARAN < jarak> MASA BANK IN< jarak> TARIKH BANK IN<jarak> NAMA BANK< jarak>NAMA ANDA< jarak>  ALAMAT ANDA< jarak> NO. TEL

Contoh : Ready 2 Drink 5botol RM30 17:45 01.01.2008 MAYBANK AHMAD ABDULLAH NO.12, JLN 13/2D, KAMPUNG SENTOSA, 43560 BANGI, SELANGOR 0123456789

Kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU. Kebiasaannya 2-3 hari akan sampai.

Sebarang pertanyaan dan soalan sila hubungi ;

Jie – 0199858025 ATAU email ke imuslimhbm@gmail.com

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s